KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap seorang ahli perniagaan selepas didapati bersalah menipu pengurus undang-undang Jakel Trading Sdn Bhd membabitkan kerugian berjumlah RM400,000, lima tahun lepas.
Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Mohamed Noor Mohamed Amin, 51, di akhir kes pembelaan.
"Setelah mendengar keterangan saksi-saksi pembelaan, mahkamah mendapati pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Oleh yang demikian, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan-pertuduhan dihadapinya," kata hakim itu.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi pertuduhan pertama serta penjara empat tahun untuk pertuduhan kedua dan ketiga. Kesemua hukuman itu diperintahkan berjalan secara serentak bermula hari ini.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dengan wang jaminan terhadap tertuduh dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM80,000.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Azahan memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan melibatkan jumlah kerugian yang besar.
Mohamed Haniff Khatri pula memohon hukuman berbentuk denda atas alasan anak guamnya menanggung keluarga dan menghidap penyakit tumor.
Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan, Mohamed Noor didakwa menipu pengurus undang-undang Jakel Trading, Aiman Dazuki, 34, dengan memperdayakannya dalam urusan pembelian saham syarikat yang tidak wujud sehingga mendorong syarikat itu menyerahkan wang berjumlah RM400,000, iaitu mangsa tidak akan menyerahkan wang terbabit sekiranya tidak diperdayakan.
Perbuatan itu dilakukan di pusat beli belah Jakel di Jalan Munshi Abdullah, di sini pada 15 April hingga 12 Jun 2019.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebat dan boleh didenda.
Pada 8 Nov 2023, Mohamed Noor diperintahkan membela diri atas tiga pertuduhan itu.
Seramai 17 saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan termasuk tertuduh memberikan keterangan dalam perbicaraan kes itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
Keputusan dibuat selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Mohamed Noor Mohamed Amin, di akhir kes pembelaan. - Gambar hiasan
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
OKU didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 17 tahun di masjid berkenaan pada 2.30 petang, 15 Mac lepas.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati warga Singapura bunuh anak tiri
Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seorang lelaki warga Singapura kerana membunuh anak tirinya pada 2008.
Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.
Ahli perniagaan dipenjara empat tahun tipu pengurus undang-undang Jakel, babit kerugian RM400,000
Keputusan dibuat selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Mohamed Noor Mohamed Amin, di akhir kes pembelaan.
Tiga pegawai, seorang pembantu penguasa Kastam didakwa guna dadah
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta pengawasan polis maksimum tiga tahun.
Curi kabel TM, dua rakan didenda RM4,000
Kedua-duanya mengaku melakukan kesalahan itu di tepi Jalan 1, Taman Selayang Baru, Batu Caves di sini pada 4.45 pagi 1 Mei lepas.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.